Sunday, August 29, 2010

TUHAN TOLONGLAH AKU.....

mengapa ini yang harus ditempuhi. aku tidak mahu menyangkal takdirnya...namun aku hanya manusia biasa...tuhan tolonglah aku hadapi semua ini. kau tabahkan lah hati aku ini tuhan...aku sedar siapa aku di sisi mu..aku insan yang penuh dengan kekhilafan..aku tidak mampu menolak semua ini..aku redha..tapi, mengapa ini yang aku terima setelah pengorbanan demi pengorbanan telah aku lakukan. tidak kah mereka sedar semua itu... mengapa aku yang sering dipersalahkan??? adalah diri aku ini tidak layak menerima apa yang mereka dapat???adakah aku tidak layak untuk merasa kebahagiaan aku sendiri???apakah aku hanya mampu merasa kebahagiaan itu dari jauh???atau hanya menumpang kasih dari yang lain???? aku bingung.......siapalah yang sudi mendengar luahan aku ini...aku sentiasa tercari-cari insan yang layak,, tapi semua tidak seperti yang aku sangka kan... sakit hati aku tiada yang tahu... merananya jiwa ak tiada yang ambil peduli.... tersiksanya perasaan aku tiada yang mahu ubati... hanya aku dan aku sendiri yang ubati kelukaan aku.... aku lebih rela begini.... adakah pengakhiran hidup aku juga akan begini???? aku redha andai ini ketentuannya.....

Sunday, June 13, 2010

hakikat duniawi insani

insani sekarang hanya gemar mementingkan hal-hal dunia..mereka alpa pada hakikat kejadian AKHIRAT...semua ingin mahu kaya, terkenal, dan materialistik..sanggup mencari harta walau dengan apa cara pun..itu lah manusia akhir zaman...tidak kurang jaga dengan insani yang tidak tahu erti balasan. meraka tidak meminta balasan dari kamu, meraka hanya menginginkan rasa hormat dari kamu sahaja... ada kah itu cukup membebankan kamu???? tidak pernah kah kamu terfikir semasa mereka membantu kamu... ingat lah wahai manusia balasan itu ada di mana-mana sahaja....

hormati lah mereka seperti kamu menghormati ibumu, ayahmu, abangmu, kakakmu dan adikmu... tanpa mereka tidak mungkin kamu dapat tempat untuk berteduh dari hujan dan panas, tidak dapat kamu merasa air dan makan, tidak dapat kamu merasa nikmatnya hidup berkeluarga....

tanggal 12 Jun adalah ulangtahun aku yang ke-19....selamat hari lahir..selama itu lah aku tetap menyayangi ibu, bapa serta kakak-kakak ku...mereka sahaja lah harta berharga buat aku...masih banyak yang belum aku terokai. ibarat perjalanan aku masih jauh lagi.. namun andai kata perjalanan itu terhenti, aku berserah pada qadak dan qadar...siapalah aku untuk menghalang semua itu....aku hanyalah insani yang mencari sebenar erti makna sebuah kehidupan dan cinta....

Monday, June 7, 2010

ketabahan hati seorang insani

tabahnya hati seorang insan seteguh ombak di lautan. namun adakalanya ketabahan itu bisa roboh andai di usik. ibarat ketabahan seorang ibu saat melahirkan anaknya, ketabahan seorang ayah ketika mencari rezeki... adakah kita pernah terfikir tentang semua ini???? aku bukanlah seorang insan yang sempurna yang mampu meredah semua itu... aku hanya lah insan kerdil yang hanya berserah kepada-Nya. aku tidak mampu menolak semua qada dan qadar-Nya. andai itu jalan takdirku, aku terima dengan seadanya. ku mohon agar hidupku di berkati dan di rahmati. begitu juga dengan orang tua ku. aku amat menyayangi mereka. tanpa mereka siapalah aku.... andai aku diberi peluang ingin saja aku buat apa sahaja untuk membahagiakan insan2 yang aku sayangi.

aku takut aku tidak sempat membahagiakan mereka sebelum sempat waktuku. moga mereka sentiasa di berkati dan di rahmati.... amin...

Sunday, June 6, 2010

kehidupan insani

terlalu banyak yang di tempuhi bagi setiap insan. tidak ada satu pun yang terkecuali.. setiap insan menginginkan di cintai, di sayangi dan di kasihi. tiada yang tidak.. termasuk semua golongan. tidak kira tua atau muda mahupun lelaki atau wanita. semua ingin yang begitu indah.. namun di sebalik keindahan yang di kecapi, adakah secubit rasa bahagia di dalam dirinya?? aq sentiasa berfikir begitu... adakah dengan wang dan harta yang bertimbun ia mampu membeli cinta yang suci dan sejati??? mampukah wang dan harta itu membahagiakan seseorang??? tanpa wang dan harta, mampukah seseorang itu hidup??? insani kini lebih gemar mencari wang dengan cara yang mudah... betapa ceteknya ilmu yang mereka ada...

aku jaga seperti insan yang lain.. mahu di cintai, di sayangi, di kasihi dan di mengerti.. namun seringkali ada saja yang di salah erti tentang hidup aku.. salah kah aku mencari cinta yang aku impikan??? cerita cinta yang di impikan oleh setiap wanita dalam hidup mereka... aku juga ingin bahagia seperti insan yang lain... ada kalanya aku berfikir bahawa aku ini tidak layak mendapat cinta bahagia... tidak layak gembira dan bahagia.... adakah hidup yang bahagia tanpa di sayangi???? mustahil ada.. semuanya tetap ada....

aku inginkan kehidupan yang bahagia disamping insan yang aku sayangi(e'joe)... hanya dia yang mampu gembirakan aku walau ada kalanya kami berkelahi... namun aku terima itu semua sebagai ujian dalam perhubungan kami... aku tempuhi dengan tabah dan sabar,, namun masih ada yang tidak puas hati dengan kami.. aku sudah lama cukup bersabar dengan karenah orang lain... aku hanya mampu telan dan lupakan apa yang telah terjadi... hati kecilku sentiasa bersedih atas apa yang terjadi... tidakkah mereka memahami hati aku???? tidakkah mereka faham apa yang aku alami???? hanya Dia saja yang Maha Mengetahui.... aku hanya mampu berserah kepada-Nya.....

tentang aq

nama aku mimiey. berasal dari beaufort sabah. masih lagi menuntut di sebuah kolej swasta dalam bidang pelancongan. sebenarnya minat aku lebih kepada dunia teknologi dan peragaan. namun atas dasar peluang pekerjaan, aku memilih untuk belajar dalam bidang yang tidak sesuai dalam jiwa aku..hehe...

parents aku masih lagi ada.. aku ada dua kakak dan aku yang last. sekarang ni tengah hot bersama seorang pria yang bernama e'joe.hehehe.. nantia ku cerita macamana aku boleh kenal dia.ok.....

ikutilah pengembaraan dunia dan luahan hati aku.....