Tuesday, September 6, 2011
cinta dicintai
sukar bagi aku untuk tempuh semua ni. dicintai oleh dua insan yang aku sayangi. seorang cinta lama dan seorang lagi cinta sekarang. kenapa perlu muncul sekarang di saat kita berdua sudah punya pasangan yang setia. aku buntu, aku bingung. antara keduanya aku harus membuat pilihan. tapi keduanya aku sayang. cinta yang lama muncul kembali. aku tetap ingat dia sampai bila-bila. mungkin ini adalah yang terbaik untuk kami. iaitu tinggalkan keduanya. aku lebih rela sendirian. aku tidak sanggup kecewakan salah seorang. dari aku kecewakan seorang, lebih baik aku kecewakan keduanya. baru aku rasa adil. tapi aku harus buat sesuatu agar aku tidak akan ketemu dengan keduanya lagi. bermacam cara aku iaitu balik kampung atau memilih Singapura sebagai destinasi seterusnya. aku tidak sanggup hidup macam begini. hidup dibelanggu rasa bersalah, kecewa, hampa dan rasa sayang tertinggal. aku lebih rela hidup sendirian. mungkin disana aku ketemu hidup dan cinta aku. mudah-mudahan. aku harap pemergian ku nanti akan memberikan kegembiraan pada semua hati yang terluka. aku tidak sanggup lagi dikatakan "orang ke-3". cukuplah hanya sekali. tidak pada kali ini. sakit hati yang lalu seakan-akan terluka kembali. meski orang yang lain tapi pada cara yang sama dan pada insan yang sama. hakikatnya aku terluka kali kedua dari insan yang sama dan kelukaan yang sama. kesian cinta aku. aku terpaksa lepaskannya demi dia dan juga aku. aku harap kau faham keadaan aku sekarang. memang aku perlu waktu. tapi waktu yang panjang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment